Saturday 6 August 2011

Cara Tukar Template Blogspot (Berserta Backup Widgets dan AdiWidgets)

Cara Tukar Template Blogspot (Berserta Backup Widgets dan AdiWidgets)
Saya yakin, ramai blogger yang dah tahu cara nak tukar template blogspot nih. Tetapi bagi sesiapa yang masih baru dalam berblog, tentu masih belum mengetahui cara nak tukar template nih. Ok, tak susah sebenarnya nak menukar template nih. Dibawah ni saya senaraikan cara-cara bagaimana nak menukar template. Baca betul-betul ya...

1. Download template yang kamu suka dari mana-mana web template yang kamu berkenan. Pastikan template yang di'download, berformat 'XML Document'.
Contoh web blog template;

BloggerStyles
Teratak Muncet
BloggerBlogTemplate


2. Login Blogspot, masuk ke ruangan 'Layout', dan masuk ke bahagian 'Edit HTML'.
Kamu akan berada di ruangan 'Edit HTML' seperti gambar dibawah.
Ini contoh dari blog resepi saya, 'Budak Muar Resepi'.














3. Ok, apa yang perlu kamu buat sekarang nih,

A. Backup blog kamu. Klik pada 'Download Full Template' seperti ditunjukkan pada gambar diatas. Save dalam PC kamu.
B. Klik 'Browse...', dan masukkan file template yang sudah kamu download di web blog template tadi.
C. Klik 'Upload' untuk upload template.

4. Selepas upload template, kamu akan lihat mesej 'Widgets are about to be deleted' seperti gambar dibawah. JANGAN SAVE TEMPLATE lagi.












Disini, saya ingin memgingatkan sekiranya blog kamu mempunyai sebarang widget, sila BACKUP widget kamu. Jika tidak, ianya akan hilang selepas kamu menekan butang 'SAVE TEMPLATE'.


Bagaimana Mahu Backup Widget?

Caranya begini;

5. Klik pada 'Layout' semula. Kamu akan lihat mesej yang keluar seperti gambar dibawah. Klik 'OK'.













6. Letakkan semua widget yang kamu ada pada 1 tempat di sidebar kamu. Seperti gambar dibawah.
Klik butang 'SAVE'.

















7. Kemudian masuk semula pada bahagian 'Edit HTML'.

8. Tekan 'CTRL+F' pada keyboard komputer kamu. Taip salah satu nama/tajuk widget kamu. Lihat contoh seperti gambar dibawah.














9. Dengan cara ini, kamu mudah untuk mencari widget yang telah kamu letakkan pada 1 tempat tadi. Lepas tu, copy semua widget tu dan paste/save dekat 'notepad' buat sementara waktu.
Tak faham mana satu yang nak di copy? Ok, lihat gambar dibawah.










10. Dan jika blog kamu ada memasang AdiWidget, sila cari kod . Copy, kod AdiWidget kamu yang terletak diatas kod n>, dan paste/save dekat 'notepad'.

11. Bila siap semua, bolehlah kamu upload semula template baru kamu seperti langkah 3.

12. Sekali lagi kamu akan jumpa mesej seperti langkah 4. JANGAN KLIK BUTANG 'CONFIRM & SAVE'.

13. Apa yag perlu kamu buat adalah, cari balik kod .












14. Paste kan semula widget yang kamu save di notepad tadi dibawah kod tersebut.

15. Cari pula kod body, dan paste kan semula kod Adiwidget kamu sebelum kod tersebut.

16. Kemudian klik 'Save Template'. Bukan 'Confirm & Save'.

17. Jika ada widget2 id yang sama, tukarkan saja id yang lain. contoh: kalau dah ada widget ID HTML1, tukarkan kepada HTML2 atau HTML10. Kalau tak, tak boleh la nak save dia...


Ok, Siap dah... Selamat Mencuba !...




No comments:

Post a Comment