Kami berbangga kerana memilih Homestay Jauza Hanun sebagai perhentian yang bermakna bagi percutiaan atau mememnuhi percutian di bumi Pahang Tercinta...Homestay menjadi Hub di antara destinasi Kuala Lumpur ke Terengganu dan Lokasi strategik menikmati suasana bandar Kuantan Pahang...jadikanlah persinggahan ini sebagai persinggahan utama anda
KEMUDAHAN
Kemudahan & Galeri Gambar Sesuai dengan konsep 'a home to stay', kemudahan kelengkapan rumah ada disediakan supaya pengunjung dapat merasai seolah-olah berada di dalam rumah sendiri dan selesa. Segala kemudahan yang tersedia memang dipastikan berada dalam keadaan bersih, baik dan terjaga.
Gambar
Ruang Tamu Dilengkapi dengan kipas siling + kipas berdiri, sofa, TV untuk keselesaan pengunjung berehat bersama keluarga. Turut diletakkan disudut dengan set kerusi rotan dan Kitab Teks Al-Quran, Yassin dan majalah-majalah untuk bacaan.
Gambar
Homestay ini mempunyai 2 bilik tidur (tingkat atas) + 1 bilik ( dibawah). Kemudahan yang tersedia dibilik ialah seperti : Bilik 1 : Penghawa Dingin, sejadah, katil queen size, almari baju, TOTO, 2 bantal tambahan, tuala mandi (2helai)
Gambar
Bilik 2 : Katil Queen saiz, almari baju, sejadah / telekung, TOTO (Narita), 2 bantal tambahan beserta dengan tuala mandi (2 helai)
Gambar
Bilik 3 : Katil Single saiz, sejadah, rak, tuala mandi (1 helai)
Gambar
Saterika dan papan penggosok diletakkan di bilik 3 (tingkat bawah)
Tidak lengkap rasanya, percutian anda jika tidak dimasukkan dengan perancangan menu bersesuai. Di Ruang Dapur disini, kami menyediakan pelbagai alat kelengkapan memasak (untuk mereka yang ingin berjimat kos daripada makan diluar) seperti :
1. Dapur dan peralatan memasak 2. Peti ais beserta dengan 2 botol air mineral 3. Air masak tersedia dalam Penapis Tadahan Air 4. Periuk nasi, Pembakar roti, Pengisar 5. Pemanas air elektrik dengan teh dan gula 6. Set 'Glassware' & 'Diningware'
Gambar
Untuk keselesaan pengunjung menikmati makanan, Ruang Makan dilengkapi dengan kipas siling dengan set meja 4 kerusi dan tisu. Selamat menjamu selera.....
Lain-lain 1. Mesin basuh
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment